Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Belia

Slide4.png


FUNGSI UNIT-UNIT BAHAGIAN BELIA
UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
Mentadbir Bahagian Belia dan termasuklah hal ehwal pegawai dan kakitangan Bahagian Belia.
Mengawasi dan menyelaras peruntukan bagi melaksanakan program dan aktiviti belia.
Menyelaras “Filing System” Bahagian Belia.
Memproses persuratan Bahagian Belia termasuklah persuratan-persuratan yang berkaitan dengan program dan aktiviti belia.

UNIT PROGRAM / PERHUBUNGAN SERANTAU DAN ANTARABANGSA
Menyelaras program-program belia di peringkat serantau dan antarabangsa.
Menyelaras penyertaan belia ke program peringkat serantau dan antarabangsa.
Menyediakan latihan  dan persiapan belia sebelum mengikuti program.
Menyelaras dan memantau aktiviti selepas belia mengikuti program (Post-Programme Activity).

UNIT PERGERAKAN BELIA DAN PERKEMBANGAN PERSATUAN-PERSATUAN BELIA
PERGERAKAN BELIA:
Merancang dan mengendalikan aktiviti belia yang sihat dan menyeronokkan di mana pembangunan peribadi dan perubahan sikap yang positif merupakan hasil sampingan.
Menarik belia yang berisiko tinggi yang masih lagi belum mempunyai pekerjaan atau masih bersekolah melibatkan diri dengan aktiviti berfaedah.
Melaksanakan kerja-kerja ‘outreach’ dengan mendekati belia yang ‘berisiko’ (at risk) untuk mengetahui akan minat, cita rasa dan kecenderungan mereka.

PERKEMBANGAN PERSATUAN-PERSATUAN BELIA:
Memantau aktiviti dan perkembangan persatuan-persatuan belia dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).
Merancang dan melaksanakan program-program latihan-latihan ke arah memperkasa persatuan belia dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menarik minat golongan belia agar terlibat secara aktif dalam aktiviti belia dan persatuan.
Merancang dan menyelaras sesi-sesi muzakarah dan perjumpaan di antara pihak jabatan dan persatuan-persatuan belia.
Memproses permohonan bantuan kewangan, kemudahan-kemudahan prasarana dan fasiliti jabatan bagi pelaksanaan projek persatuan belia dan badan bukan kerajaan (NGO).
Menyediakan rekod bantuan-bantuan dan laporan bantuan persatuan.
Menyediakan dan mengemaskini pangkalan data (database) mengenai maklumat persatuan-persatuan belia.
Memberikan khidmat nasihat tentang hal ehwal belia seperti penubuhan persatuan.

UNIT PROGRAM PEMBANGUNAN DIRI BELIA
Merancang dan mengendalikan program dan aktiviti belia khusus bagi merangsang perkembangan dan pertumbuhan sikap positif, berdikari, berdaya usaha dan berdaya saing.
Mengendalikan program latihan Kemahiran Insaniah (soft skills) untuk belia.
Mengendalikan program latihan sukarelawan.
Mengendalikan program keusahawanan.

UNIT PENERANGAN, PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN
Menyediakan bahan rujukan mengenai projek dan aktiviti belia
Merancang dan menilai pelaksanaan program dan aktiviti jabatan.
Menyediakan statistik program dan penyertaan belia.
Menjalankan kajian keberkesanan aktiviti belia.
Penerbitan kalendar aktiviti belia.
Menyelaras penerbitan direktori persatuan-persatuan belia.
Mengumpul kertas kerja dan laporan projek dan program belia.
Menyelaraskan dan menghadapkan laporan kegiatan-kegiatan belia ke Bahagian Pentadbiran.

SEKRETARIAT PROGRAM KEBANGSAAN
Menyediakan khidmat keurusetiaan program-program belia di peringkat kebangsaan berdasarkan projek yang dilaksanakan oleh unit berkenaan di bawah Bahagian Belia.
JENIS BANTUAN, PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN KEPADA BELIA DAN PERSATUAN BELIA
Bantuan penganjuran projek dan aktiviti belia.
Bantuan penghantaran penyertaan belia dalam mengikuti program dalam dan luar negeri.
Bantuan pengurusan dan pentadbiran persatuan belia.
Sokongan cuti tanpa catat bagi mengikuti program belia di luar negeri.
Sokongan kelonggaran waktu bekerja bagi mengikuti program belia di dalam negeri.
Khidmat nasihat tentang hal ehwal belia seperti penubuhan persatuan.